KISAH GENEVIEVE

Genevieve Sambhi merupakan seorang ibu muda ketika beliau menerima berita buruk: beliau menghidap kanser serviks. Namun, beliau kini sembuh, hasil daripada langkah pengesanan awal.

KISAH TERI

Teri nekad menceritakan kisahnya bagi memberikan kesedaran mengenai pentingnya langkah-langkah pencegahan. Beliau merupakan seorang ibu yang muda dan sihat ketika beliau menerima diagnosis penyakit kanser serviks yang dihidapinya.

KISAH MICHELLE

Adalah amat sukar bagi Michelle berkongsi kisahnya. Namun, dia menyesal tidak melakukannya lebih awal.

KISAH SOH HOOI

Seorang pereka dalaman dan peminat marathon, Soh Hooi sering melakukan pemeriksaan Pap Smear secara berkala. Amaran yang diterima hanyalah pendarahan diantara pusingan haidnya sebelum beliau didiagnosis menghidapi kanser serviks.

HPV DAN KANSER SERVIKS

HPV menyebabkan 99% kes kanser serviks. Kanser serviks adalah kanser kedua paling lazim di kalangan wanita Malaysia yang berusia di antara 15-44 tahun. Setiap hari, lima kes baru kanser serviks didiagnosis, dan dua wanita tewas dalam perjuangan menentang penyakit ini.

ANDA BOLEH MELINDUNGI DIRI ANDA

Jangkitan HPV adalah sangat lazim dari apa yang anda fikirkan. Berita baiknya adalah, terdapat dua langkah mudah untuk melindungi diri anda.

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Ianya mungkin agak sukar untuk memulakan perbincangan mengenai perkara ini. Ketahui soalan-soalan yang boleh anda ajukan semasa sesi temujanji bersama doktor anda.

ATURKAN TEMUJANJI ANDA

Ketahui lokasi klinik berhampiran anda dan aturkan sesi temujanji bersama doktor anda untuk berbincang mengenai vaksinasi dan saringan.