Imej Wira

Dalam hubungan tapi tak divaksin atau disaring terhadap HPV? Ia juga berisiko!

Setiap hubungan mempunyai cabaran tersendiri – jangan biarkan kanser berkait HPV menjadi salah satu masalah berpasangan. Langkah pencegahan boleh melindungi anda dan pasangan anda.

Dalam hubungan
tapi tak divaksin atau disaring terhadap HPV?
Ia juga berisiko!

Setiap hubungan mempunyai cabaran tersendiri – jangan biarkan
kanser berkait HPV menjadi salah satu masalah anda.
Langkah pencegahan boleh melindungi anda dan pasangan anda.

HPV dalam Kalangan Pasangan

Human papillomavirus (HPV) adalah sekumpulan virus yang merangkumi lebih daripada 100 jenis yang berbeza.3 Di antaranya, 40 jenis HPV boleh menjangkiti kawasan kelamin dan mempunyai risiko penyakit yang berbeza.3

HPV berisiko rendah

HPV berisiko rendah biasanya tidak menyebabkan gejala.4 Kira-kira 90% ketuat di bahagian kelamin disebabkan oleh HPV jenis 6 dan 11 yang tidak menyebabkan kanser.3,4 Jenis HPV lain pula menyebabkan ketuat pada bahagian badan yang lain.4

HPV berisiko tinggi

HPV jenis berisiko tinggi sering dikaitkan dengan kanser serviks, faraj dan vulva pada wanita, dan peningkatan risiko kanser dubur atau zakar dalam kalangan lelaki.3 Di antara kumpulan HPV berisiko tinggi, kebanyakkan kanser yang berpunca daripada HPV adalah adalah hasil jangkitan HPV jenis 16 and 18.3

HPV adalah jangkitan kelamin (sexually transmitted infection, STI) yang paling kerap berlaku di dunia. Lebih kurang 80% daripada golongan lelaki dan wanita yang aktif secara seksual akan dijangkiti HPV pada satu ketika dalam hidup mereka.9 Jangkitan HPV bukanlah tanda ketidaksetiaan, dan kebanyakan pasangan yang aktif secara seksual biasa dijangkiti virus HPV dari jenis yang sama.10

Bincang tentang HPV dengan pasangan anda kerana jangkitan HPV juga membabitkan mereka.

description

Ada soalan bagaimana HPV mempengaruhi hubungan anda?

Dapatkan jawapan dan bimbingan daripada profesional penjagaan kesihatan bertauliah

Kenali HPV

Di Malaysia, prevalens HPV adalah paling tinggi dalam kalangan wanita yang berusia bawah 25 tahun, diikuti oleh mereka yang berusia 31–40 and 51–60 tahun, dan seterusnya berkurang seiring usia yang semakin lanjut.11 Sebaliknya, risiko jangkitan HPV pada lelaki adalah sama tanpa kira usia.12

Jenis HPV-risiko tinggi yang cenderung menjangikiti lelaki dan wanita dan boleh mengakibatkan kanser adalah HPV 16, 18, 45, 51 and 52.6,13

Kisah Pesakit

Pemandiri kanser serviks berkongsi cerita tentang kepentingan perlindungan daripada HPV

Perjuangan Genevieve untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks dan HPV
Perjuangan Genevieve untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks dan HPV
Perjuangan Teri menentang kanser serviks dan HPV
Perjuangan Teri menentang kanser serviks dan HPV

Langkah Pencegahan HPV

Ambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan risiko jangkitan HPV dan penyakit yang berpunca daripada HPV:

Vaksin HPV dapat bantu memberi perlindungan terhadap jenis HPV yang menyebabkan ketuat kelamin dan kanser tertentu.<sup>3</sup> Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia 9 tahun hingga dewasa berusia 45 tahun, dan ia paling berkesan apabila diambil sebelum pertama kali melakukan hubungan intim.<sup>3</sup>

Dapatkan vaksin HPV

Vaksin HPV dapat bantu memberi perlindungan terhadap jenis HPV yang menyebabkan ketuat kelamin dan kanser tertentu.3 Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia 9 tahun hingga dewasa berusia 45 tahun, dan ia paling berkesan apabila diambil sebelum pertama kali melakukan hubungan intim.3
Saringan awal untuk kanser serviks seperti <em>Pap smear</em> dan/atau ujian HPV boleh mengesan kebanyakan kanser serviks pada peringkat awal dan membolehkan rawatan segera, sebelum keadaan menjadi parah.<sup>6</sup>  Pada masa ini, CDC tidak mengesyorkan ujian rutin (yang juga dikenali sebagai 'saringan') untuk HPV dalam kalangan lelaki. CDC juga tidak mengesyorkan ujian rutin untuk lelaki bagi penyakit yang berpunca daripada HPV sebelum kemunculan sebarang tanda atau simptom.
<br><br>
Sila rujuk kepada doktor anda jika anda mengalami simptom atau bimbang tentang kanser akibat HPV.

Lakukan pemeriksaan berkala

Saringan awal untuk kanser serviks seperti Pap smear dan/atau ujian HPV boleh mengesan kebanyakan kanser serviks pada peringkat awal dan membolehkan rawatan segera, sebelum keadaan menjadi parah.6 Pada masa ini, CDC tidak mengesyorkan ujian rutin (yang juga dikenali sebagai 'saringan') untuk HPV dalam kalangan lelaki. CDC juga tidak mengesyorkan ujian rutin untuk lelaki bagi penyakit yang berpunca daripada HPV sebelum kemunculan sebarang tanda atau simptom.

Sila rujuk kepada doktor anda jika anda mengalami simptom atau bimbang tentang kanser akibat HPV.

Bincang dengan doktor anda hari ini

Bantu lindungi diri dan cegah penularan HPV

Hak Cipta © 2024 Merck & Co., Inc., Rahway, NJ, USA dan sekutunya. Semua hak terpelihara. MY-GSL-00526 Feb/2023
Laman Web ini adalah untuk penduduk Malaysia. Lawati laman Web Singapura.
facebookinstagramyoutube