PENCEGAHAN HPV

Jangkitan HPV adalah sangat lazim dari apa yang anda fikirkan. Malah, sekiranya anda hanya terlibat sekali dalam aktiviti seks atau bersama dengan pasangan yang sama dalam jangka masa panjang, masih terdapat kemungkinan anda boleh menghidapi virus ini kerana simptom HPV boleh berkembang hingga 10 tahun kemudian.

Berita baiknya adalah, terdapat dua langkah mudah untuk melindungi diri anda:

Vaksinasi

Bilakah kali terakhir anda berbincang dengan doktor anda mengenai vaksin HPV? Sekiranya anda menjalani ujian Pap smear secara berkala dan proaktif mencari pilihan kontraseptif, selitkan perbincangan mengenai vaksin HPV dalam temujanji anda. Suntikan vaksin boleh membantu melindungi anda dan orang tersayang daripada penyakit berkaitan HPV yang serius seperti kanser serviks. Sekiranya anda atau orang tersayang belum divaksinasi, anda harus berbincang dengan doktor anda mengenai vaksin HPV hari ini.

Pemeriksaan Berkala

Lakukan pemeriksaan Pap smear sekali setahun atau setiap tiga tahun6, bergantung kepada saranan doktor anda. Ini boleh membantu anda mengelakkan penyakit berkaitan HPV.

HPV DAN KANSER SERVIKS

HPV menyebabkan 99% kes kanser serviks. Kanser serviks adalah kanser kedua paling lazim di kalangan wanita Malaysia yang berusia di antara 15-44 tahun. Setiap hari, lima kes baru kanser serviks didiagnosis, dan dua wanita tewas dalam perjuangan menentang penyakit ini.

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Ianya mungkin agak sukar untuk memulakan perbincangan mengenai perkara ini. Ketahui soalan-soalan yang boleh anda ajukan semasa sesi temujanji bersama doktor anda.

ATURKAN TEMUJANJI ANDA

Ketahui lokasi klinik berhampiran anda dan aturkan sesi temujanji bersama doktor anda untuk berbincang mengenai vaksinasi dan saringan.