KISAH MICHELLE

Adalah amat sukar bagi Michelle berkongsi kisahnya. Namun, dia menyesal tidak melakukannya lebih awal.

KISAH MICHELLE

Adalah amat sukar bagi Michelle berkongsi kisahnya. Namun, dia menyesal tidak melakukannya lebih awal.

Saya sering bertanya kepada diri sendiri: kenapa saya? Ini tidak berlaku kepada orang yang menjalani kehidupan yang aktif dan kerap bersenam, bukan?

"Ketika saya berusia 34 tahun, saya diberitahu saya menghidap kanser serviks. Saya masih ingat dengan jelas hari saya didiagnosis. Hari itu adalah temujanji rutin saya dengan pakar sakit puan kerana suami saya dan saya berharap untuk mendapatkan anak kedua. Doktor memaklumkan saya mempunyai tumor di kawasan serviks yang berpotensi menjadi kanser. Saya amat terkejut. Pada mulanya, saya tidak memaklumkannya kepada suami saya. Saya hanya memberitahunya pada malam sebelum saya mendapat keputusan ujian. Saya masih ingat dia begitu tenang dan berjaga sepanjang malam meneliti kemungkinan langkah seterusnya. Keesokan harinya, pakar sakit puan saya secara lemah lembut menjelaskan bahawa terdapat tumor kanser yang besar di kawasan serviks saya dan membuang rahim adalah satu-satunya pilihan saya. Saya merasakan hidup saya menjadi gelap gelita - seolah-olah semua impian saya telah musnah dalam sekelip mata. Saya tidak akan berpeluang untuk mendapatkan anak lagi. Saya mempunyai tempoh seminggu bagi membuat persiapan untuk pembedahan. Saya sering bertanya kepada diri sendiri: kenapa saya? Ini tidak berlaku kepada orang yang menjalani kehidupan yang aktif dan kerap bersenam, bukan? Saya tidak pernah fikir saya akan didiagnosis dengan kanser. Kerana itu, saya sering memberikan pelbagai alasan setiap kali saya perlu menjalani ujian Pap smear - terlalu banyak kerja, tekanan menjadi isteri dan ibu, serta berbagai alasan lain. Seminggu selepas pembedahan, saya mendapat tahu kanser saya telah merebak. Saya dirujuk kepada pakar onkologi yang menasihatkan saya menjalani radiasi dan kemoterapi. Secara keseluruhan, saya diberikan enam kitaran kemoterapi dan 25 sesi radioterapi dalaman dan luaran. Kesan sampingan yang saya alami amat dahsyat - ia benar-benar pengalaman paling teruk dalam hidup saya. Secara emosi, saya bercelaru dan berasa seperti dicampak ke dalam lubang. Walaupun saya mendapat sokongan keluarga, entah kenapa ia tidak mencukupi kerana mereka tidak begitu memahami kesakitan yang saya alami. Perjuangan terbesar saya ialah untuk menerima hakikat bahawa saya menghidap kanser. Suami saya sangat berhati-hati apabila bercakap dengan saya. Anak lelaki saya semakin melekap dan inginkan perhatian. Saya tahu saya terpaksa melakukan sesuatu. Secara beransur-ansur, saya mula mencari sokongan. Saya banyak melakukan penyelidikan mengenai kanser serviks, kebanyakannya dengan doktor saya atau di internet kerana bercakap dengan orang lain seperti sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan. Ia tidak mencukupi. Saya berada di titik paling lemah dalam hidup saya dan memerlukan sokongan daripada orang yang benar-benar memahami perjuangan saya. Saya masih ingat pada suatu malam saya melihat anak saya yang sedang tidur dan saya berfikir sejenak untuk diri sendiri: Anda perlu berjuang untuk hidup kerana terdapat ramai orang di luar sana yang menyayangi anda.

Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Sudah tiba masanya kita berhenti memberi alasan dan menyayangi diri kita sendiri dengan mengutamakan kesihatan kita terlebih dahulu.

Tidak lama kemudian, saya mendengar tentang Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) daripada seorang rakan baik. Persatuan tersebut menganjurkan ceramah dan bengkel yang boleh saya hadiri. Saya masih ingat saya ragu-ragu untuk berhadapan orang ramai - tetapi kawan-kawan saya menggalakkan saya untuk menghadiri sesi itu. Saya menjadi lega! Tiba-tiba, saya tidak lagi berasa saya keseorangan. Saya belajar untuk tidak mengukur kehidupan dalam bilangan tahun hidup, tetapi dalam kualiti masa dan kepuasan. Saya memfokuskan semula untuk terus hidup. Berkongsi cerita saya adalah salah satu perkara paling sukar yang perlu saya lakukan tetapi selepas itu, saya menyesal tidak melakukannya lebih awal. Hari ini, saya sentiasa menggalakkan keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja saya untuk menjalani ujian Pap smear secara berkala dan mendapatkan vaksin untuk melawan human papillomavirus (juga dikenali sebagai HPV), yang merupakan penyebab utama kanser serviks. Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Sudah tiba masanya kita berhenti memberi alasan dan menyayangi diri kita sendiri dengan mengutamakan kesihatan kita terlebih dahulu. Saya masih dalam perjalanan untuk pemulihan, baik secara fizikal dan emosi, tetapi saya sangat berterima kasih. Saya telah membuang pemikiran negatif saya dan saya hidup dengan baik demi keluarga saya. Saya tahu masih terdapat sedikit stigma mengenai HPV kerana ia adalah jangkitan seksual, tetapi saya tidak dapat mengawal apa yang difikirkan oleh orang lain. Saya mempunyai perspektif yang baru tentang kehidupan, dan saya sangat berbahagia mempunyai masa ini bersama rakan-rakan dan keluarga."

HPV DAN KANSER SERVIKS

HPV menyebabkan 99% kes kanser serviks. Kanser serviks adalah kanser kedua paling lazim di kalangan wanita Malaysia yang berusia di antara 15-44 tahun. Setiap hari, lima kes baru kanser serviks didiagnosis, dan dua wanita tewas dalam perjuangan menentang penyakit ini.

KISAH LAIN

KISAH GENEVIEVE

Bekas Miss Malaysia, Genevieve Sambhi hanya baru berusia 35 tahun ketika dia menerima berita buruk: dia menghidap kanser serviks. Namun, dia kini sembuh, hasil daripada langkah pengesanan awal.


KISAH SOH HOOI

Seorang pereka dalaman dan peminat marathon, Soh Hooi sering melakukan pemeriksaan Pap Smear secara berkala. Amaran yang diterima hanyalah pendarahan diantara pusingan haidnya sebelum beliau didiagnosis menghidapi kanser serviks. Kini, kekuatan dan pemikiran yang positif membantu Soh Hooi untuk sembuh dari kanser.

ANDA BOLEH MELINDUNGI DIRI ANDA

Jangkitan HPV adalah sangat lazim dari apa yang anda fikirkan. Berita baiknya adalah, terdapat dua langkah mudah untuk melindungi diri anda.

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Ianya mungkin agak sukar untuk memulakan perbincangan mengenai perkara ini. Ketahui soalan-soalan yang boleh anda ajukan semasa sesi temujanji bersama doktor anda.

ATURKAN TEMUJANJI ANDA

Ketahui lokasi klinik berhampiran anda dan aturkan sesi temujanji bersama doktor anda untuk berbincang mengenai vaksinasi dan saringan.