APAKAH KANSER SERVIKS?

HPV menyebabkan 99% daripada semua kes kanser serviks3,4. Apabila seorang wanita dijangkiti HPV dan jika virus itu tidak hilang dengan sendiri, sel-sel yang tidak normal boleh berkembang di dalam serviks. Sekiranya tidak dirawat, sel-sel ini boleh berubah menjadi kanser serviks11. Kanser serviks adalah kanser kedua paling lazim di kalangan wanita Malaysia yang berusia di antara 15-44 tahun. Setiap hari, lima kes baru didiagnosis, dan dua wanita tewas dalam perjuangan menentang kanser serviks di Malaysia. Walaupun penyakit ini adalah paling lazim di kalangan wanita berumur 40-64, wanita pada semua peringkat umur adalah berisiko sekiranya mereka aktif secara seksual12.

Kanser serviks adalah kanser ke-2 paling lazim di kalangan wanita Malaysia yang berusia di antara 15-44 tahun.

Setiap hari, lima kes baru kanser serviks didiagnosis, dan dua wanita tewas dalam perjuangan menentang penyakit ini. Walaupun penyakit ini paling lazim di kalangan wanita berumur 40-64, wanita pada semua peringkat umur adalah berisiko sekiranya mereka aktif secara seksual.

Kanser serviks lazimnya tidak menghasilkan simptom. Di peringkat awal kanser serviks, kebanyakan wanita tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti penyakit itu sehingga kanser menjadi agresif dan merebak ke tisu-tisu lain11. Jika ini berlaku, beberapa tanda akan mula kelihatan. Antaranya:
  • ¬†Pendarahan di antara atau selepas haid
  • Pendarahan semasa atau selepas hubungan seks
  • Pendarahan selepas menopaus
  • Lelehan atau cairan faraj yang luar biasa, berdarah dan berbau busuk
  • Kesakitan atau ketidakselesaan semasa hubungan seksual
  • Sakit di bahagian bawah abdomen (ari-ari)
  • Perubahan tanpa sebab dalam kitaran haid

Vaksinasi HPV

Vaksin HPV membantu melindungi anda daripada jenis HPV yang berkemungkinan besar menyebabkan kanser serviks11.

Saringan Pap Smear
Ujian Pap Smear secara berkala dapat membantu anda mengesan perubahan awal dalam serviks yang kemungkinan kanser. Sekiranya perubahan tidak normal dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan untuk menentukan sejauhmana kewujudannya11.

Seks Selamat
Kondom boleh mengurangkan peluang anda mendapat HPV, tetapi ia tidak melindungi sepenuhnya kerana sesetengah kawasan kulit tetap tidak terlindung dan terdedah kepada jangkitan11.

ANDA BOLEH MELINDUNGI DIRI ANDA

Jangkitan HPV adalah sangat lazim dari apa yang anda fikirkan. Berita baiknya adalah, terdapat dua langkah mudah untuk melindungi diri anda.

DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Ianya mungkin agak sukar untuk memulakan perbincangan mengenai perkara ini. Ketahui soalan-soalan yang boleh anda ajukan semasa sesi temujanji bersama doktor anda.

ATURKAN TEMUJANJI ANDA

Ketahui lokasi klinik berhampiran anda dan aturkan sesi temujanji bersama doktor anda untuk berbincang mengenai vaksinasi dan saringan.