HPV serta kanser dan penyakit yang berkaitannya

ANDA FIKIR ANDA TIDAK BERISIKO DIJANGKITI HPV?

FIKIR SEMULA.

APA ITU HPV?

Human papillomavirus (HPV) adalah virus yang lazim di kalangan orang dewasa yang aktif secara seksual1. Jangkitan HPV adalah sangat lazim dan hampir semua lelaki dan wanita yang aktif secara seksual akan dijangkiti virus HPV pada suatu ketika dalam hidup mereka2. HPV menyebabkan lebih kurang 100% daripada semua kes kanser serviks3.

HPV juga menjangkiti lelaki serta meningkatkan risiko kepada kanser dubur dan ketuat kelamin4.

KANSER BERKAITAN HPV

Sesetengah orang mengetahui mereka mempunyai HPV apabila ketuat kelamin muncul, manakala yang lainnya apabila mereka didiagnosis dengan masalah yang lebih serius seperti kanser serviks di kalangan wanita, dan kanser HPV lain yang kurang lazim seperti kanser dubur, faraj dan vulva2.

ANDA BOLEH MELINDUNGI DIRI ANDA

Jangkitan HPV adalah sangat lazim dari apa yang anda fikirkan1. Berita baiknya adalah, kini anda boleh melindungi diri anda dengan vaksinasi dan pemeriksaan berkala untuk wanita.

KETAHUI KISAH MEREKA

KISAH MICHELLE

Adalah amat sukar bagi Michelle berkongsi kisahnya. Namun, dia menyesal tidak melakukannya lebih awal.

KISAH GENEVIEVE

Bekas Miss Malaysia, Genevieve Sambhi hanya baru berusia 35 tahun ketika dia menerima berita buruk: dia menghidap kanser serviks.

DAPATKAN NASIHAT PAKAR PENJAGAAN KESIHATAN

Hubungi Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk medapatkan sokongan kaunseling atau untuk mendapatkan nasihat mengenai HPV dan langkah pencegahannya. Anda juga boleh menghubungi Program ROSE untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemeriksaan serviks secara kendiri.

SOALAN YANG WAJAR DIAJUKAN

Ianya mungkin agak sukar untuk memulakan perbincangan mengenai perkara ini. Ketahui soalan-soalan yang boleh anda ajukan semasa sesi temujanji bersama doktor anda.

MENGENAI KEMPEN INI

Jangkitan HPV adalah sangat lazim dan hampir semua lelaki dan wanita yang aktif secara seksual akan dijangkiti virus HPV pada suatu ketika dalam hidup mereka2. Jangkitan ini boleh menyebabkan penyakit serius yang lain seperti kanser serviks2, yang merupakan salah satu daripada 4 kanser teratas di Malaysia di kalangan wanita pada tahun 20203. 21.1% dan 13.6% lelaki di Malaysia pernah dijangkiti HPV di bahagian kemaluan dan dubur5, yang berisiko untuk menyebabkan penyakit berkaitan HPV seperti ketuat kelamin atau kanser dubur.

Kempen ‘It's Your Life, Why Take A Chance’ dilancarkan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai risiko mereka terhadap HPV serta kanser dan penyakit berkaitan HPV, serta menggalakkan mereka untuk mengambil langkah pencegahan menerusi vaksinasi dan saringan untuk wanita.

SOKONG KEMPEN INI

Anda boleh menyokong kempen ‘It’s Your Life’ dengan mengikuti kami di laman Facebook dan Instagram dan memulakan perbualan dengan orang yang anda sayangi mengenai HPV serta kanser dan penyakit berkaitan HPV, serta kepentingan mencegahnya.

MY-GSL-00214 Apr/2022