HPV Vision – BM

VISI HPV

HPV BERISIKO TINGGI

Meskipun terdapat lebih daripada 100 jenis human papillomavirus (HPV), HPV berisiko tinggi boleh menyebabkan beberapa penyakit serius di kalangan lelaki dan wanita5.

KANSER SERVIKS

HPV menyebabkan lebih kurang 100% daripada kesemua kes kanser serviks di seluruh dunia13. Pada tahun 2021, kanser serviks disenaraikan sebagai kanser keempat paling kerap di kalangan wanita di Malaysia dan kanser kedua paling kerap di kalangan wanita berumur dalam lingkungan 15-44 tahun18.

Namun begitu, kanser serviks adalah di antara kanser yang paling boleh dicegah dimana vaksin HPV membantu melindungi wanita dan kanak-kanak perempuan daripada beberapa jenis HPV berisiko tinggi yang berkemungkinan besar boleh menyebabkan kanser serviks20 serta kanser dan penyakit berkaitan HPV yang lain.

Bagi meringankan kos rawatan perubatan dan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan vaksin, Belanjawan Malaysia 2021 telah menyediakan pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan rawatan perubatan yang merangkumi vaksinasi HPV untuk individu, pasangan serta anak mereka33.

STRATEGI ELIMINASI SEDUNIA WHO

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanser serviks adalah kanser keempat paling kerap di kalangan wanita di seluruh dunia, dengan anggaran 570,000 kes baharu pada tahun 201838. Pada tahun 2020, WHO melancarkan strategi untuk menamatkan kanser serviks sebagai masalah kesihatan awam38. Kesemua 194 negara anggota (termasuk Malaysia) menyokong strategi tersebut, yang bertujuan mencapai matlamat berikut menjelang tahun 203038:

Responsive image

90%

kanak-kanak perempuan sudah menerima vaksin HPV sepenuhnya menjelang umur 15 tahun38

Certain types of HPV, known as high-risk strains, are strongly linked to cancers including anal cancer4. The high-risk subtype most likely to cause anal cancer is HPV 16. Another high-risk type is HPV 18, but this is seen less often with anal cancer4. Anal cancer is a disease in which cancer cells form in the tissue of the anus. HPV is linked to approximately 91% of all anal cancer cases3.

Responsive image

70%

wanita melalui saringan kanser serviks dengan ujian berprestasi tinggi (setara atau lebih baik daripada ujian HPV) menjelang usia 35 tahun, sebelum saringan kedua pada umur 45 tahun38

Certain types of HPV, known as high-risk strains, are strongly linked to cancers including anal cancer4. The high-risk subtype most likely to cause anal cancer is HPV 16. Another high-risk type is HPV 18, but this is seen less often with anal cancer4. Anal cancer is a disease in which cancer cells form in the tissue of the anus. HPV is linked to approximately 91% of all anal cancer cases3.

Responsive image

90%

wanita yang menghidap kanser serviks atau pra-kanser (sudah atau sedang) mendapatkan rawatan38

Certain types of HPV, known as high-risk strains, are strongly linked to cancers including anal cancer4. The high-risk subtype most likely to cause anal cancer is HPV 16. Another high-risk type is HPV 18, but this is seen less often with anal cancer4. Anal cancer is a disease in which cancer cells form in the tissue of the anus. HPV is linked to approximately 91% of all anal cancer cases3.

Kedua-dua wanita dan juga lelaki boleh mendapatkan vaksin, bukan sahaja untuk membantu melindungi diri anda tetapi orang tersayang daripada penyakit berkaitan HPV yang serius seperti kanser serviks atau kanser berkaitan HPV yang kurang lazim seperti kanser dubur, faraj dan vulva1. Bagi wanita, gandingan vaksinasi dan saringan berkala boleh membantu mencegah kanser dan penyakit berkaitan HPV1.

Menerusi strategi ini, WHO berharap untuk menurunkan kanser serviks kepada 4 dalam setiap 100,000 menjelang 203039. Mari kita bersama-sama membantu mencapai matlamat ini di Malaysia.

USAHA MALAYSIA DALAM MENGURANGKAN KANSER BERKAITAN HPV

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa program untuk mencegah jangkitan HPV dan kanser, sebagai salah satu strategi pecegahan kanser di negara ini.

Pelbagai vaksin telah disenaraikan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) yang sehingga kini membantu mencegah penyakit dan penyebaran virus. Pada tahun 2010, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan vaksin HPV ke dalam NIP untuk diberikan kepada kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun. Program vaksinasi HPV “Catch up” untuk wanita berumur lebih daripada 18 tahun kemudiannya diperkenalkan pada 2012 di mana wanita dalam kumpulan umur tertentu boleh mendapatkan vaksin secara percuma di klinik-klinik bawah kelolaan Lembaga Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN)40. Sebagai perintis di wilayah Asia untuk program vaksinasi HPV di sekolah, Malaysia telah mencapai Kadar Liputan Vaksin (Vaccine Coverage Rate; VCR) yang mengagumkan yang melebihi 80%41.

Di Malaysia, tiga jenis HPV berisiko tinggi yang paling lazim dikesan di kalangan wanita ialah: HPV 16 (18.6%), HPV 52 (14%) dan HPV 58 (12.8%)8. HPV 52 dan 58 masing-masing menyumbang kepada kira-kira 10.7% dan 8.9% kes kanser serviks di Malaysia pada tahun 202118. Tanpa perlindungan vaksin HPV yang mencukupi, wanita menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kanser serviks, vulva, faraj dan dubur, ketuat kelamin dan luka pra-kanser42.
Selain vaksinasi, Program Saringan Pap Smear Kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 199843 untuk menggalakkan pengesanan dan rawatan awal bagi kanser serviks. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesyorkan pemeriksaan Pap smear untuk semua wanita berumur antara 20 dan 65 tahun yang, atau yang pernah, aktif secara seksual. Jika keputusan dua ujian tahunan yang dilakukan berturut-turut adalah negatif, saringan seterusnya boleh dilakukan setiap tiga tahun44.
Pada 2019, Program ROSE (Remove Obstacles to Servical Screening) telah dilancarkan untuk membantu wanita Malaysia membuat saringan kendiri untuk kanser serviks menerusi penggunaan swab kendiri yang boleh dilakukan di rumah45. Sampel-sampel kemudiannya diserahkan ke makmal untuk ujian dan keputusan dihantar terus ke telefon bimbit individu berkenaan45.

Baru-baru ini, ujian DNA untuk HPV berisiko tinggi telah mendapat penerimaan meluas46. Ujian ini boleh dilakukan bersama Pap smear atau secara berasingan.

Sepuluh tahun selepas vaksin HPV dimasukkan ke dalam NIP, kerajaan Malaysia telah mengumumkan di dalam satu sidang akhbar berikutan sesi Parlimen pada Ogos 2020, untuk mencapai penggunaan pakai sepenuhnya ujian HPV menjelang 202347, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengurangkan insiden kanser serviks di negara ini.

Jadi, hubungilah doktor anda berkenaan vaksinasi dan dapatkan saringan jika anda seorang wanita untuk membantu melindungi diri dan orang tersayang daripada jenis HPV yang berisiko tinggi. Bersama-sama kita membantu mencegah HPV dan penyakit berkaitan HPV seperti kanser serviks. Marilah kita berganding bahu di dalam perjuangan ini untuk membantu mengurangkan kanser serviks dan insiden kanser berkaitan HPV yang lain supaya ianya tidak menjadi masalah kesihatan awam bagi negara ini.

ANDA BOLEH MELINDUNGI DIRI ANDA

Jangkitan HPV adalah sangat lazim dari apa yang anda fikirkan5. Berita baiknya adalah, kini anda boleh melindungi diri anda dengan vaksinasi dan pemeriksaan berkala untuk wanita.

SOALAN YANG WAJAR DIAJUKAN

Ianya mungkin agak sukar untuk memulakan perbincangan mengenai perkara ini. Ketahui soalan-soalan yang boleh anda ajukan semasa sesi temujanji bersama doktor anda.

ATURKAN TEMUJANJI ANDA

Ketahui lokasi klinik berhampiran anda dan aturkan sesi temujanji bersama doktor anda untuk berbincang mengenai vaksinasi dan saringan untuk wanita.

MY-GSL-00388 Mar/2022