DASAR PRIVASI

Di MSD, privasi bermula dengan amanah.

Kami percaya bahawa amanah adalah teras kepada misi privasi kami, jadi kami telah membangunkan program privasi kami berlandaskan unsur-unsur penting berikut tentang kepercayaan privasi:

  • T – “transparency” (ketelusan) – terbuka dan jelas mengenai bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi
  • R – “respecting choices” (menghormati pilihan) – adalah menjadi pilihan seseorang untuk menyertai program kami atau tidak
  • U – “understanding perspectives” (memahami perspektif) – termasuk orang yang mempunyai tahap kebimbangan yang berbeza mengenai privasi mereka berdasarkan perspektif budaya dan pengalaman peribadi
  • S – “security” (keselamatan) – melindungi maklumat peribadi daripada kehilangan, penyalahgunaan dan akses tanpa kebenaran, pendedahan, pengubahan atau pemusnahan
  • T – treating (melayani) pihak berkepentingan kepada kami dengan penuh hormat dan dengan cara yang konsisten dengan nilai Syarikat

Sila layari pautan yang disediakan di bawah untuk meneliti Notis Amalan Data MSD untuk Profesional Penjagaan Kesihatan (“Notis”) dan Dasar Privasi. Kami percaya bahawa anda bersetuju dan mempersetujui terma yang dinyatakan dalam Notis dan Dasar dengan meneruskan penggunaan laman web kami selepas menelitinya. Sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk MSD memproses data peribadi anda mengikut Notis dan Dasar, sila hubungi Pegawai Privasi kami di talian 03-77491600 atau secara bertulis kepada Merck, Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn Bhd, B-22-1 & B-22-2, The Ascent Paradigm, No.1 Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Jika anda tidak menarik balik persetujuan anda, kami mengandaikan bahawa anda bersetuju dan telah bersetuju dengan MSD untuk memproses data peribadi anda dengan cara yang dinyatakan dalam Notis dan Dasar Privasi. Anda boleh pada bila-bila masa membuat permohonan secara bertulis kepada MSD untuk mengakses atau mengehadkan pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda.

MSD komited untuk mengurus privasi data dengan mematuhi undang-undang privasi data yang berkenaan, Dasar Privasi MSD dan piawaian etika MSD yang tinggi.

Notis Amalan Data MSD Malaysia untuk Profesional Penjagaan Kesihatan (Bahasa Melayu)
Notis Amalan Data MSD Malaysia untuk Profesional Penjagaan Kesihatan
Notis Privasi Pekerja MSD Malaysia (Bahasa Melayu)
Notis Privasi Pekerja MSD Malaysia

Ada Soalan Mengenai Privasi?

Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai maklumat peribadi anda yang dikumpul, diguna dan dikongsi oleh MSD, atau jika anda ingin menukar pilihan komunikasi anda (seperti memilih untuk tidak menerima emel, faksimili atau komunikasi pemasaran langsung lain) atau memilih keluar daripada program tertentu, atau jika anda ingin mengakses atau mengemaskini maklumat peribadi mengenai anda dalam pangkalan data MSD menurut hak anda di bawah undang-undang yang berkenaan, sila hubungi kami di alamat di bawah. Dalam sesetengah kes, kami mungkin dikehendaki untuk bekerjasama atau merujuk anda kepada pihak ketiga untuk membolehkan anda keluar dari program kami.

Pegawai Privasi / Pematuhan
Merck Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn. Bhd.
B-22-1 & B-22-2
The Ascent Paradigm
No.1, Jalan SS 7 / 26A, Kelana Jaya
47301, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Talian Umum: 603-7499 1600