DAPATKAN SOKONGAN

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil bagi melindungi diri daripada HPV, dan penyakit serta kanser berkaitannya. Layari platform yang tertera di bawah sekiranya anda ingin mendapatkan vaksinasi atau saringan mahupun berbincang bersama pakar mengenai HPV.

CARI KLINIK BERHAMPIRAN

Ketahui lokasi klinik berhampiran anda dan aturkan sesi temujanji bersama doktor anda untuk berbincang mengenai vaksinasi dan saringan untuk wanita.

TALIAN HOTLINE NCSM

Sekiranya anda memerlukan sokongan kaunseling atau mempunyai sebarang soalan mengenai vaksinasi, anda boleh menghubungi Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di talian Hotline 1-800-88-1000 pada Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi hingga 4:30 petang atau layari https://cancer.org.my/.

PROGRAM ROSE

(R-emoving O-bstacles to Cervical S-cr-E-ening)

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pemeriksaan serviks kendiri, hubungi Program ROSE di talian 03-8408 2211 pada Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 5:00 petang atau layari https://www.programrose.org/.

MULAKAN PERBINCANGAN BERSAMA DOKTOR ANDA

Doktor anda atau pakar penjagaan kesihatan adalah rujukan terbaik bagi mendapatkan maklumat serta panduan mengenai HPV dan kanser serta penyakit berkaitannya. Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu untuk anda ajukan bagi memulakan perbincangan dalam sesi temujanji anda yang akan datang.

  1. Apakah kesan HPV keatas tubuh badan saya?
  2. Adakah saya akan mati sekiranya telah dijangkiti HPV?
  3. Berapa lama HPV boleh berada di dalam sistem badan manusia?
  4. Tempoh saya bekerja agak lama dan mempunyai waktu rehat yang amat terhad. Adakah ini meningkatkan risiko saya
    untuk mendapat HPV dan kanser serta penyakit berkaitannya?
  5. Bolehkah saya dijangkiti HPV sekiranya pasangan saya dan saya mempunyai perlindungan seks?
  6. Sekiranya saya lebih tua daripada umur yang disyorkan untuk vaksin HPV, apakah yang boleh saya lakukan untuk
    mencegah jangkitan HPV?
  7. Saya telah aktif secara seksual selama beberapa tahun. Adakah ia sudah terlambat untuk mendapatkan vaksin?
  8. Sekiranya saya sedang menerima vaksin, adakah saya masih boleh dijangkiti HPV?
  9. Apa yang akan berlaku jika saya terlepas satu dos suntikan vaksin HPV?
  10. Bolehkah kedua-dua lelaki dan wanita menerima vaksinasi?
  1. Adakah jangkitan HPV lazim di kalangan lelaki?
  2. Bagaimanakah HPV memberi kesan kepada lelaki?
  3. Adakah HPV mengakibatkan kanser di kalangan lelaki?
  4. Apakah risiko bagi lelaki mendapat HPV?
  5. Adakah HPV boleh dijangkiti melalui oral?
  6. Bolehkah aktiviti seks melalui dubur mengakibatkan jangkitan HPV?
  7. Bolehkah jangkitan HPV pada lelaki dikesan?
  8. Perlukah saya mendapatkan vaksinasi HPV sekiranya pasangan saya sudah divaksin?
  9. Adakah kanak-kanak lelaki perlu mendapatkan vaksinasi?
  1. Berapa kerapkah saya perlu menjalani ujian Pap smear?
  2. Jika saya pengambil pemakanan yang baik dan mengamalkan cara hidup yang sihat, adakah saya masih perlu menjalani ujian Pap smear atau mengambil vaksin HPV?
  3. Saya tidak bersama dengan sesiapa untuk tempoh yang lama disebabkan jadual kerja saya yang sibuk. Adakah saya masih perlu membuat ujian Pap smear?
  4. Adakah Pap smear masih diperlukan jika saya telah menerima vaksin HPV?
  5. Apakah kesan sampingan semasa dan selepas ujian Pap smear?
  6. Patutkah saya berhenti melakukan ujian Pap smear?
  7. Adakah saya masih perlu melakukan ujian Pap smear jika saya sudah mencapai menopaus?
  1. Mengapa saya perlu melakukan ujian HPV DNA?
  2. Perlukah saya melakukan ujian sekiranya saya sudah mendapat vaksin HPV?
  3. Apakah perbezaan di antara ujian HPV DNA dan Pap smear?
  4. Apakah prosedur ujian ini?
  5. Berapa kerapkah saya perlu melakukan ujian HPV DNA?
  6. Apakah had umur untuk melakukan ujian ini?
  1. Mengapa saya perlu menjalani ujian Pap smear atau mengambil vaksin HPV? Saya telah bersama pasangan yang sama untuk tempoh yang lama.
  2. Apakah usia yang disyorkan untuk anak saya mendapatkan vaksin?
  3. Sekiranya saya mempunyai HPV, bagaimanakah saya dapat mencegah orang lain daripada dijangkiti?
  4. Adakah saya layak mendapat vaksin HPV? Berapakah had umur untuk saya mendapatkan vaksin?
  1. Adakah bayi saya akan dijangkiti sekiranya saya seorang pembawa HPV?
  2. Saya tidak tahu saya mengandung apabila saya menerima dos pertama vaksin HPV. Adakah bayi saya akan terjejas?
  3. Bilakah saya perlu mendapatkan dos kedua dan ketiga vaksin HPV sekiranya secara tidak sengaja menerima dos pertama semasa hamil?
  4. Bolehkah saya mendapatkan vaksin HPV semasa saya menyusu anak?

Ikuti laman Facebook dan Instagram kami bagi mendapatkan informasi terkini mengenai HPV dan kempen ini.

Bertindaklah segera bagi melindungi diri anda daripada HPV dan penyakit atau kanser berkaitannya.

MY-GSL-00212 Oct/2020