DAPATKAN NASIHAT DOKTOR

Lindungi diri anda daripada HPV dan kanser serviks. Ketahui lokasi klinik berhampiran dan aturkan sesi temujanji bersama doktor anda untuk berbincang mengenai vaksinasi dan saringan.

SOALAN UNTUK DITANYA KEPADA DOKTOR ANDA

Doktor anda atau pakar penjagaan kesihatan adalah rujukan terbaik bagi mendapatkan maklumat serta panduan mengenai HPV dan kanser serviks. Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu untuk anda ajukan bagi memulakan perbincangan dalam sesi temujanji anda yang akan datang.

  1. Apakah kesan HPV keatas tubuh badan saya?
  2. Adakah saya akan mati sekiranya telah dijangkiti HPV?
  3. Berapa lama HPV boleh berada di dalam sistem badan manusia?
  4. Tempoh saya bekerja agak lama dan mempunyai waktu rehat yang amat terhad. Adakah ini meningkatkan risiko saya untuk mendapat HPV dan kanser serviks?
  5.  Bolehkah saya dijangkiti HPV sekiranya pasangan saya dan saya mempunyai perlindungan seks?
  6. Sekiranya saya lebih tua daripada umur yang disyorkan untuk vaksin HPV, apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah jangkitan HPV?
  7. Saya telah aktif secara seksual selama beberapa tahun. Adakah ia sudah terlambat untuk mendapatkan vaksin?
  8. Sekiranya saya sedang menerima vaksin, adakah saya masih boleh dijangkiti HPV?
  9. Apa yang akan berlaku jika saya terlepas satu dos suntikan vaksin HPV?
  10. Adakah vaksin HPV sesuai untuk lelaki?
  1. Berapa kerapkah saya perlu menjalani ujian Pap smear?
  2. Jika saya pengambil pemakanan yang baik dan mengamalkan cara hidup yang sihat, adakah saya masih perlu menjalani ujian Pap smear atau mengambil vaksin HPV?
  3. Saya tidak bersama dengan sesiapa untuk tempoh yang lama disebabkan jadual kerja saya yang sibuk. Adakah saya masih perlu membuat ujian Pap smear?
  4. Adakah Pap smear masih diperlukan jika saya telah menerima vaksin HPV?
  5. Apakah kesan sampingan semasa dan selepas ujian Pap smear?
  6. Patutkah saya berhenti melakukan ujian Pap smear?
  7. Adakah saya masih perlu melakukan ujian Pap smear jika saya sudah mencapai menopaus?
  1.  Mengapa saya perlu menjalani ujian Pap smear atau mengambil vaksin HPV? Saya telah bersama pasangan yang sama untuk tempoh yang lama.
  2. Apakah usia yang disyorkan untuk anak saya mendapatkan vaksin?
  3. Sekiranya saya mempunyai HPV, bagaimanakah saya dapat mencegah orang lain daripada dijangkiti?
  4. Adakah saya layak mendapat vaksin HPV? Berapakah had umur untuk saya mendapatkan vaksin?
  5. Bolehkah saya mendapatkan vaksin HPV semasa saya menyusu anak?
  1. Adakah bayi saya akan dijangkiti sekiranya saya seorang pembawa HPV?
  2. Saya tidak tahu saya mengandung apabila saya menerima dos pertama vaksin HPV. Adakah bayi saya akan terjejas?
  3. Bilakah saya perlu mendapatkan dos kedua dan ketiga vaksin HPV sekiranya secara tidak sengaja menerima dos pertama semasa hamil?
  4. Bolehkah saya mendapatkan vaksin HPV semasa saya menyusu anak?

ATURKAN TEMUJANJI ANDA

Ketahui lokasi klinik berhampiran anda dan aturkan sesi temujanji bersama doktor anda untuk berbincang mengenai vaksinasi dan saringan.