APA ITU HPV?

Pernahkah anda mempunyai ketuat kelamin? Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh human papillomavirus (HPV). Terdapat lebih daripada 100 jenis virus ini dan dianggarkan 40 daripadanya melibatkan kawasan kemaluan1.

Jangkitan HPV adalah sangat lazim dan hampir semua lelaki dan wanita yang aktif secara seksual akan dijangkiti virus HPV pada suatu ketika dalam hidup mereka2.

More Resources

INFOGRAPHIC: AM I AT RISK FOR HPV?

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nulla scelerisque est eget urna malesuada.

Read More >

INFOGRAPHIC: HPV BY THE NUMBERS

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nulla scelerisque est eget urna malesuada.

Read More >

HPV DI MALAYSIA

Kelaziman HPV di Malaysia adalah selari dengan trend global, di mana kadar jangkitan tertinggi ditemui di kalangan golongan muda (di bawah usia 25 tahun)8. Walaupun peningkatan jangkitan didapati di kalangan wanita berusia 31-40 dan 51-60, risiko jangkitan HPV pada wanita secara amnya menurun seiring peningkatan usia mereka. Walaubagaimanapun, berbanding golongan wanita berusia, lelaki di peringkat usia lebih tua didapati mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dijangkiti HPV berbanding lelaki muda9.

HPV boleh dibahagikan kepada HPV berisiko tinggi (yang menyebabkan kanser) atau HPV berisiko rendah (yang tidak menyebabkan kanser).

HPV berisiko tinggi

Dari lebih 100 jenis HPV, sekurang-kurangnya 14 jenis berpotensi menyebabkan kanser atau juga dikenali sebagai kategori berisiko tinggi10. Dua jenis HPV berisiko tinggi (16 dan 18) menyebabkan 70% kanser serviks di kalangan wanita. Di Malaysia, jenis HPV berisiko tinggi yang ditemui di kalangan lelaki sihat termasuk 16, 18, 45, 51 dan 52, dan taburan yang hampir sama turut ditemui di kalangan wanita di Malaysia11. Tambahan lagi, HPV 58 yang dikaitkan dengan risiko tinggi displasia serviks dan kanser serviks, juga amat lazim di kalangan wanita Malaysia12,13.

Apabila sistem imun badan tidak mampu melawan HPV berisiko tinggi, ia boleh kekal dalam tempoh masa yang lama dan mengubah sel normal menjadi tidak normal dan akhirnya menjadi kanser14. Kira-kira 10% dari wanita dengan HPV berisiko tinggi pada serviks akan mengalami jangkitan HPV jangka panjang yang meningkatkan risiko mereka mendapat kanser serviks14.

Sekiranya HPV berisiko tinggi kekal dan menjangkiti sel-sel vulva, faraj atau dubur, ia boleh menyebabkan perubahan sel yang dipanggil pra-kanser14. Sel-sel ini berpotensi menjadi kanser sekiranya tidak dikesan dan dibuang secepat mungkin. Kanser-kanser ini adalah tidak selazim kanser serviks14.

HPV berisiko rendah

Selain dari HPV berisiko tinggi, kebanyakan HPV menyebabkan ketuat yang muncul di tapak tangan atau kaki, tetapi HPV berkaitan alat kelamin boleh menjangkiti daerah kemaluan lelaki dan wanita5. HPV berisiko rendah boleh menyebabkan ketuat atau luka. Ketumbuhan ini berbeza-beza dari segi saiz, bentuk dan jumlah, namun jarang menyebabkan kanser5.

HPV 6 dan HPV 11 yang tidak menyebabkan kanser merupakan punca 90% kes ketuat kelamin5. Ketuat kelamin adalah lazim, sangat mudah berjangkit dan memberikan kesan terhadap kehidupan seks seseorang individu10. Jenis-jenis HPV yang menyebabkan ketuat kelamin adalah tidak sama dengan jenis-jenis HPV yang menyebabkan kanser13.

HPV turut menjangkiti lelaki, dengan peningkatan risiko kanser dubur dan ketuat kelamin14. Di peringkat global, kelaziman jangkitan HPV berkaitan alat kelamin luaran di kalangan lelaki adalah lebih tinggi dari jangkitan HPV serviks di kalangan wanita6. Walaubagaimanapun, jangkitan HPV yang berterusan di kalangan lelaki jarang berlaku15. Seperti juga wanita, beberapa jenis jangkitan HPV di kalangan lelaki boleh hilang dengan sendiri tanpa menimbulkan sebarang masalah kesihatan. Jenis-jenis HPV yang paling lazim ditemui di kalangan lelaki Malaysia termasuk 6, 16, 18, 45, dan 5211.

Di Malaysia, kira-kira 21% dan 13.5% lelaki pernah mengalami jangkitan HPV di kawasan kemaluan dan dubur7. Tambahan lagi, kadar kanser dikaitkan dengan HPV di kalangan lelaki turut mencatat trend yang meningkat dalam tempoh sedekad yang lalu.

Penerimaan vaksinasi berskala tinggi di kalangan wanita di Malaysia pada kadar lebih daripada 80% mungkin bermanfaat kepada lelaki yang menerima kesan imuniti kelompok. Walaubagaimanapun, pencegahan tetap merupakan langkah berjaga-jaga yang terbaik. Cari klinik berhampiran anda dan tetapkan temujanji untuk bertemu dengan doktor anda bagi mengetahui lebih lanjut mengenai jangkitan HPV di kalangan lelaki.

Lazimnya, HPV tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom16, dan majoriti jangkitan ini akan hilang dengan sendirinya. Dalam kes-kes di mana virus kekal, ia boleh bertukar menjadi ketuat kelamin atau kanser berkaitan HPV. Sesetengah orang mengetahui mereka mempunyai HPV apabila muncul ketuat kelamin, manakala yang lainnya apabila mereka didiagnosis dengan masalah yang lebih serius seperti kanser serviks, dubur, faraj dan vulva2. Keputusan ujian Pap smear dan ujian HPV DNA dapat membantu mengesan jika wanita mempunyai sel serviks yang tidak normal dan memeriksa untuk HPV yang boleh menyebabkan sel yang tidak normal sebelum munculnya simptom virus ini, ini sekaligus menjadikan pemeriksaan rutin sangat penting17.

Pendedahan boleh berlaku dengan sebarang perlakuan intim yang melibatkan hubungan seks dengan seseorang yang mempunyai HPV – tidak semestinya hubungan kelamin, tetapi ia adalah cara yang paling lazim untuk dijangkiti virus17. Oleh kerana jangkitan HPV tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda, sesiapa sahaja boleh dijangkiti tanpa disedari dan kemudian menyebarkannya17.

Tidak, pada masa ini tidak terdapat ubat-ubatan untuk merawat HPV. Kebiasaannya, jangkitan HPV akan hilang dengan sendirinya. Namun, sesetengah jenis virus yang kekal boleh menyebabkan kanser berkaitan HPV dan penyakit serius yang lain. Oleh itu, ianya penting untuk mencegah HPV demi melindungi diri anda2.

PENYAKIT BERKAITAN HPV

Mengabaikan simptom dan jangkitan HPV boleh menyebabkan beberapa penyakit berkaitan HPV yang serius. Jangkitan HPV menyebabkan:

Responsive image

Lebih kurang
99%
kes kanser serviks3,4

Beberapa jenis HPV tertentu, yang dikenali sebagai HPV berisiko tinggi, dikaitkan dengan kanser, termasuk kanser dubur. Subjenis HPV berisiko tinggi yang paling mungkin menyebabkan kanser dubur adalah HPV 16. HPV berisiko tinggi lain adalah HPV 18, tetapi HPV jenis ini kurang dikaitkan dengan kanser dubur4. Kanser dubur adalah penyakit di mana sel-sel kanser terbentuk di tisu dubur. HPV dikaitkan dengan kira-kira 91% daripada semua kes kanser dubur3.

Responsive image

Lebih kurang
91%
kes kanser dubur18

Beberapa jenis HPV tertentu, yang dikenali sebagai HPV berisiko tinggi, dikaitkan dengan kanser, termasuk kanser dubur. Subjenis HPV berisiko tinggi yang paling mungkin menyebabkan kanser dubur adalah HPV 16. HPV berisiko tinggi lain adalah HPV 18, tetapi HPV jenis ini kurang dikaitkan dengan kanser dubur4. Kanser dubur adalah penyakit di mana sel-sel kanser terbentuk di tisu dubur. HPV dikaitkan dengan kira-kira 91% daripada semua kes kanser dubur3.

Responsive image


>50%
kes kanser vulva19

Vulva adalah bahagian luar kawasan kelamin wanita6. Vulva merangkumi bukaan vagina (yang juga dikenali sebagai ruang depan), labia majora (bibir luar), labia minora (bibir dalam), dan kelentit5. Kanser vulva kerap melibatkan bahagian dalam labia majora atau labia minora6. Lebih daripada separuh daripada semua kanser vulva dikaitkan dengan jangkitan HPV berisiko tinggi5.

Responsive image

Lebih kurang
90%
kes ketuat kelamin20

Ketuat disebabkan oleh virus dan boleh muncul di mana-mana bahagian anggota badan8. Ketuat yang muncul di kawasan kemaluan adalah disebabkan oleh HPV dan mudah disebarkan melalui hubungan seksual. Jenis HPV berisiko rendah, seperti HPV 6 dan 11, menyebabkan sekitar 90% ketuat kelamin, namun ia jarang berkembang menjadi kanser7.

Responsive image

Lebih kurang
70%
kes kanser faraj6

Kanser faraj biasanya bermula pada lapisan faraj9. Sebilangan besar kes kanser faraj adalah disebabkan oleh karsinoma sel skuamosa (90%) yang biasanya disebabkan oleh HPV10. DNA HPV dikesan dalam 70% kes kanser faraj yang invasif10. HPV 16 adalah salah satu jenis HPV yang paling kerap dikesan dalam kes kanser faraj di Asia dan di dunia10.

KANSER BERKAITAN HPV

Sesetengah orang mengetahui mereka mempunyai HPV apabila ketuat kelamin muncul, manakala yang lainnya apabila mereka didiagnosis dengan masalah yang lebih serius seperti kanser serviks di kalangan wanita, dan kanser HPV lain yang kurang lazim seperti kanser dubur, faraj dan vulva2.

HPV menyebabkan lebih kurang 99% kes kanser serviks3,4. Pada tahun 2018, kanser serviks adalah kanser kedua paling lazim di kalangan wanita Malaysia yang berusia di antara 15-44 tahun21.

ANDA BOLEH MELINDUNGI DIRI ANDA

Jangkitan HPV adalah sangat lazim dari apa yang anda fikirkan1. Berita baiknya adalah, kini anda boleh melindungi diri anda dengan vaksinasi dan pemeriksaan berkala untuk wanita.

SOALAN YANG WAJAR DIAJUKAN

Ianya mungkin agak sukar untuk memulakan perbincangan mengenai perkara ini. Ketahui soalan-soalan yang boleh anda ajukan semasa sesi temujanji bersama doktor anda.

ATURKAN TEMUJANJI ANDA

Ketahui lokasi klinik berhampiran anda dan aturkan sesi temujanji bersama doktor anda untuk berbincang mengenai vaksinasi dan saringan untuk wanita.

MY-GSL-00186 Aug/2020,MY-GSL-00232 Jan/2021