KOMITMEN PRIVASI KUKI KAMI

Di Merck & Co., Inc., Kenilworth, NJ, Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai MSD di luar A.S dan Kanada1, komitmen privasi kami berteraskan empat nilai utama, iaitu penghormatan, keyakinan, menangani kemudaratan dan pematuhan. Dasar Privasi Internet Global digunakan tatkala kami mengumpulkan maklumat daripada anda secara dalam talian. Komitmen Privasi Kuki kami seiring Dasar Privasi Internet Global dengan menyediakan butiran lanjut berhubung jenis kuki dan teknologi sama yang digunakan laman web, aplikasi web dan pelbagai perkhidmatan dalam talian kami yang lain (di mana kami kategorikan kesemuanya sebagai “laman web”) dan bagaimana untuk mengawal kuki di komputer atau
peranti mudah alih anda.

Kuki adalah fail data kecil, lazimnya fail teks yang mengandungi abjad dan angka, yang ditentukan oleh laman web kami (ini dikenali sebagai “kuki pihak pertama”) atau laman web lain yang menyediakan kandungan atau ciri-ciri lain pada halaman yang sedang dilayari (ini dikenali sebagai “kuki pihak ketiga”). Kuki dihantar oleh sistem pelayan dari laman web, atau menerusi pelayan web untuk kandungan yang disediakan pihak ketiga pada laman kami, dan disimpan dalam komputer atau peranti mudah alih anda. Kuki memberi ruang kepada laman web untuk menyimpan maklumat
dalam komputer anda dan menjejaki semula maklumat itu untuk kegunaan akan datang. Berbanding kuki sepintas, yang kami perincikan di bawah, setiap kuki adalah unik kepada pelayar web yang digunakan pada komputer atau peranti mudah alih anda, justeru laman web kami akan mewujudkan kuki berasingan pada setiap peranti dan pelayar sekiranya anda melayari laman web kami menggunakan pelbagai peranti atau pelayar

Teknologi lain yang mempunyai fungsi sama dengan kuki termasuk:

  • Teg piksel tunggal , yang juga dikenali sebagai mata arah web, teg web dan GIF jelas, adalah grafik yang berfungsi sama seperti kuki. Teg berkenaan tidak dapat dilihat ketika melayari laman web atau emel kerana ia bersaiz kecil.
  • ETag ialah nilai unik yang digunakan sebagai simpanan memori laman web bagi membolehkan mana-mana pengunjung laman web dapat dikenali apabila mereka kembali ke halaman yang sama.
  • Skrip adalah jujukan kod yang tersimpan dalam sesetengah laman web kami yang membekalkan maklumat tertentu mengenai pelayar web anda kepada penyedia kod apabila anda mengunjungi laman web berkenaan.
Laman web kami yang menggunakan Adobe Flash Player untuk menyediakan kandungan media, seperti klip video, menggunakan jenis kuki yang berbeza yang dikenali sebagai kuki sepintas atau objek perkongsian setempat. Kuki sepintas digunakan oleh Adobe Flash Player dan boleh mengandungi bukan sekadar jenis maklumat yang disimpan oleh kuki lain, tetapi juga maklumat khusus kepada Adobe Flash Player, seperti di bahagian mana sesuatu video terhenti ketika ia ditonton menerusi peranti anda. Kuki sepintas juga berbeza dengan kuki lain di mana ia mampu menjadi bahan perkongsian dalam kalangan pelayar web lain pada peranti anda.
Kuki membantu kami dalam memberikan kandungan yang berkesan dan relevan setiap kali anda melayari laman web kami. Kuki mempunyai pelbagai fungsi. Ia mampu membantu anda mengingat nama pengguna serta pilihan, menganalisis kecekapan prestasi laman web kami, selain mengetengahkan cadangan kandungan yang dipercayai relevan kepada anda. Kebanyakan kuki mengenal pasti pelayar web anda, berbanding diri anda sendiri secara peribadi, namun, seperti diperincikan di bawah, sesetengah kuki dapat dikaitkan dengan maklumat peribadi lain yang dikumpulkan dari platform atau berkaitan anda.

Kami menggunakan kedua-dua kuki sesi, iaitu kuki sementara yang dipadamkan daripada sistem simpanan maklumat peranti bila anda menutup komputer atau pelayar internet, dan kuki tetap yang disimpan dalam peranti anda sehingga ia luput, melainkan anda memadamkannya sebelum tiba tempoh berkenaan.

Kuki sesi membolehkan laman web kami mengingati corak pilihan anda sepanjang melayari laman web dan sejurus selesai menggunakan pelayar web, contohnya sama ada anda memperkenalkan diri sebagai petugas profesional kesihatan atau penduduk tetap sesuatu negara.

Sesetengah jenis kuki tetap, yang kami rujuk sebagai kuki analitis, membolehkan kami mengenal pasti sama ada pelayar internet dari peranti anda pernah mengunjungi laman web kami sebelum ini, selain laman lain yang telah dilayari dalam web kami. Jika anda mendaftar salah satu akaun di laman web kami, kuki tetap, yang kami rujuk sebagai kuki pendaftaran akan membolehkan laman web kami mengingati anda secara peribadi pada kunjungan yang akan datang. Sekiranya anda mendaftar masuk ke laman web kami, rangkaian maklumat mengenai anda berupaya disatukan daripada kuki pendaftaran dan kuki analitis, bagi mengenal pasti halaman mana yang pernah anda kunjungi sebelum ini. Di Amerika Syarikat, jika anda mengunjungi laman web kami tanpa menjadi pengguna berdaftar,
kami boleh menggunakan kuki yang dibekalkan oleh pihak ketiga untuk memaparkan iklan di komputer atau peranti elektronik lain anda untuk mengimbas kembali mengenai laman web kami yang anda kunjungi sebelum ini.
Kesemua kuki yang digunakan dalam laman web kami dipecahkan kepada lima kategori untuk memudahkan anda lebih memahami setiap peranan di sebalik fungsi penggunaan dan pilihan sedia ada bagi mengawalnya. Tafsiran mengenai kategori-kategori ini dan pilihan kawalan disertakan di
bawah. Banyak laman web kami menyediakan alat yang berupaya mengawal kuki yang digunakan di pelbagai laman web secara langsung. Alat ini dapat diakses pada laman berkenaan dengan menekan butang atau paparan yang dilabel “Kuki” atau “Pemilihan Kuki”

Selain kuki sepintas dan ETags, kuki yang digunakan secara langsung pada pelayar web dapat diubah sekiranya anda menggunakan pelayar web siri terkini. Arahan khusus berhubung cara untuk mengawal kuki berdasarkan jenis pelayar web pada peranti anda disertakan di sini.

  • Kuki sepintas dikawal secara berasingan daripada jenis kuki yang lain, justeru walaupun anda sudah membuat penetapan kuki secara khusus di pelayar web, anda perlu mengikuti arahan yang diperuntukkan oleh Adobe untuk mengurus kuki sepintas menerusi “Settings Manager”.
  • ETags juga dikawal secara berasingan daripada kuki sepintas, skrip dan jenis kuki lain. Untuk mengeluarkan ETags, anda juga perlu memadam
    simpanan memori pelayar web.
  • Skrip turut dikawal secara berasingan daripada kuki sepintas, ETags dan jenis kuki lain, di mana skrip dapat dikawal menerusi sesetengah pelayar web. Contohnya, jika anda menggunakan Chrome, kawalan terhadap skrip dapat dilakukan menerusi bahagian Penetapan pada pelayar anda, pergi ke Privasi, klik butang Penetapan Kandungan dan tetapkan pilihan yang ada di bawah JavaScript.


Kategori Kuki KamiBagaimana Kuki Ini DigunakanPilihan Anda

Keperluan
(juga boleh dirujuk sebagai “Diperlukan” atau “Sangat Diperlukan”)

Kuki ini menyokong fungsi teras laman, contohnya membolehkan laman web kami mengingati anda sebagai pengunjung unik dan pilihan anda supaya kami mampu meningkatkan kepuasan anda ketika melayari laman web kami. Ia antaranya merangkumi pilihan bahasa, negara didiami dan sama ada anda petugas profesional kesihatan. Kuki jenis ini turut digunakan pada sesetengah laman web kami untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta, contohnya menonton video, termasuk video atau kandungan yang dibekalkan oleh pihak ketiga menerusi laman web kami.

Memandangkan kuki ini adalah satu keperluan untuk menyokong sesetengah fungsi laman web kami, alat penetapan kuki kami tidak membenarkan anda untuk membuat sebarang kawalan terhadap kuki ini. Sekiranya anda menetapkan pelayar web untuk tidak menerimanya, anda tidak akan dapat menggunakan beberapa bahagian pada laman web kami yang bergantung kepada kuki ini.

Kefungsian
(juga boleh dirujuk sebagai “Pengalaman Halaman”)

Kuki ini amat diperlukan supaya perkhidmatan yang anda minta secara khusus dapat berfungsi, contohnya akses kepada ruang yang memerlukan ciri-ciri keselamatan pada laman web kami atau untuk menyimpan rekod produk yang diletakkan dalam bakul pembelian di sesetengah halaman kami. Kuki sesi ini hanya disimpan untuk sementara waktu ketika anda melayari laman web kami, sebelum ia dipadamkan sejurus pelayar atau peranti anda ditutup.

Seperti jenis kuki yang menjadi Keperluan, laman web kami turut meletakkan kebergantungan terhadap kuki Kefungsian untuk menyediakan kandungan dan ciri-ciri lain yang anda kemukakan ketika melayari laman web kami. Dengan melayari laman web kami yang menggunakan kuki jenis seperti ini, anda bersetuju untuk ia dimuatkan dalam peranti anda. Kawalan terhadap penggunaan kuki ini dapat dilakukan sama ada dengan menyaring segelintir pilihan yang ditawarkan pada laman web kami, atau menerusi penetapan pada sistem pelayar seperti yang diperincikan di atas. Sekiranya anda memutuskan untuk tidak menerima kuki ini, sesetengah fungsi pada laman web kami mungkin tidak dapat diakses.

Prestasi dan Analitis
(juga boleh dirujuk sebagai “Operasi”)

Kuki ini membolehkan kami untuk menganalisis penggunaan laman web atau emel supaya dapat mengenal pasti corak penggunaan tertentu dan bagi tujuan meningkatkan prestasi. Sebagai contoh, sama ada anda pernah mengunjungi laman web kami sebelum ini, halaman mana yang anda atau pengunjung lain lebih sukai, berapa ramai pengunjung unik yang melayari laman web kami, dan berapa ramai penerima emel yang klik pada pautan yang menghubungkan laman web tertentu pada emel berkenaan. Melainkan anda pengguna berdaftar di laman web kami dan mendaftar. masuk, kami tidak boleh menggunakan kuki ini untuk mengenal pasti anda. Sekiranya anda mendaftar masuk, kami berupaya menggunakan kuki ini untuk mengaitkannya dengan corak penggunaan pada laman web kami atau butiran maklumat peribadi yang dikumpulkan mengenai anda.

Sesetengah laman web kami mempunyai alat untuk mengawal kuki ini, malah anda juga boleh membuat penetapan di sistem pelayar untuk tidak menerima kuki ini. Sesetengah kuki ini ditetapkan oleh kami, dan sebahagian lagi dikendalikan pihak ketiga. Anda boleh menggunakan penetapan kuki pada sistem pelayar untuk menyekat kuki daripada pihak ketiga tanpa menjejaskan kuki yang disertakan oleh kami.

Pengiklanan dan Pengesanan Rentas Laman

Kuki ini digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk menawarkan iklan yang bersesuaian dengan minat anda, contohnya seperti di Amerika Syarikat, ia digunakan untuk mengimbas kembali jenis kandungan yang anda layari pada laman web kami ketika kunjungan terakhir. Kuki ini mungkin juga digunakan oleh pihak ketiga untuk mengenal pasti laman web yang anda pernah layari.

Sesetengah laman web kami mempunyai alat untuk mengawal kuki ini, malah anda juga boleh membuat penetapan di sistem pelayar untuk menyekat kuki daripada pihak ketiga ini.

Media Sosial

Kuki ini boleh digunakan di laman web sosial media, seperti Facebook, Twitter dan YouTube, bagi mengesan rencana yang anda kongsikan dan mengesan rangkaian pengguna sosial ketika mereka mengunjungi laman web kami.

Sesetengah laman web kami mempunyai alat untuk mengawal kuki ini, malah anda juga boleh membuat penetapan di sistem pelayar untuk menyekat kuki daripada pihak ketiga ini.

Sekiranya anda memilih untuk mengetepikan kuki yang ditetapkan oleh syarikat lain yang mengirimkan emel bagi pihak kami atau memaparkan iklan kami pada laman web lain, anda boleh berbuat demikian menerusi pendekatan di bawah:

  • Inisiatif Pengiklanan Rangkaian di https://www.networkadvertising.org/ optout_nonppii.as
  • Pengiklanan Digital Interaktif Eropah Bersekutu di https://youronlinechoices.eu
  • Pengurusan kecenderungan TRUSTe di https://preferencesmgr.truste.com
Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan mudah alih yang ditawarkan oleh atau mewakili kami yang mempunyai sistem penyedia analitis, Flurry, untuk meneliti corak penggunaan perkhidmatan mudah alih, anda boleh memilih untuk mengetepikan fungsi Flurry menerusi: 
  • https://dev.flurry.com/secure/optOut.do .
Kami boleh mengemas kini Komitmen ini dari semasa ke semasa. Kami mempunyai hak untuk mengubah suai, menambah atau mengeluarkan sebahagian daripada Komitmen ini mengikut budi bicara kami. Sekiranya kami mengambil keputusan untuk menukar Komitmen ini, kami akan memuat naik versi terkini pada www.msdprivacy.com. Jika sesuatu perubahan itu penting, kami akan memuat naik butiran perubahan berkenaan sebelum ia mula berkuat kuasa.

Komitmen Privasi Kuki ini berkuat kuasa pada: 05 Jun 2018

1 Sepanjang pelaksanaan dasar ini, rujukan kami terhadap “MSD” dan “kami” bermaksud Merck & Co., Inc., Kenilworth, NJ, AS, penggantinya, anak syarikat, bahagian dan kumpulan serata dunia, tidak termasuk usaha sama yang mana kami adalah sebahagian daripadanya.

MY-GSL-00173 07/20